KESELAMATAN BENGKEL









Pengurusan Organisasi Bengkel Dan Keselamatan
1.  Organisasi bengkel dan keselamatan adalah satu sistem pengurusan bengkel.
2.  Dalam sistem ini, murid akan menjalankan tugas mereka dalam kumpulan secara bergilir-gilir.
3.  Murid perlu mematuhi jadual kerja yang disediakan dan bekerjasama untuk memastikan peraturan-peraturan tersebut dipatuhi.

Struktur Organisasi Bengkel
1.  Ketua kumpulan dinamakan formen dan dibantu oleh penolong formen.
2.  Formen dan penolong formen menerima arahan daripada guru dan mereka akan menyelaraskan tugasan kepada setiap kumpulan.
3.  Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan menjalankan tugas masing-masing berdasarkan carta organisasi.

Langkah-Langkah Keselamatan
1.  Amalan 4M dipraktikkan di dalam bengkel bagi memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab di kalangan murid.
2.  Amalan 4M tersebut ialah seperti yang berikut.







ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN                                                      TINGKATAN 1
 



Text Box: Amalan 4M



 








3.  Peraturan keselamatan di dalam bengkel:
(a)         Memberikan perhatian pada kebersihan bengkel;
(b)        Memastikan lantai bengkel sentiasa kering dan tidak berminyak;
(c)         Memastikan terdapat alat pemadam api di dalam bengkel;
(d)        Memastikan bengkel bersih dan kemas;
(e)         Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan dan percahayaan yang mencukupi;
(f)           Membekalkan bengkel dengan peti pertolongan cemas.

4. 
 
Peraturan keselamatan alatan dalam bengkel:
(a)         Menggunakan alatan tangan mengikut kegunaan yang betul;
(b)        Berhati-hati semasa menggunakan alatan tangan;
(c)         Menyimpan semua alatan dan bahan di tempat yang selamat;
(d)        Memastikan alatan yang digunakan adalah betul dan dalam keadaan yang baik.
5.  Peraturan keselamatan diri:
(a)         Berbaju lengan pendek atau melipat baju yang berlengan panjang;
(b)        Menanggalkan tali leher dan memasukkannya ke dalam baju;
(c)         Memakai kasut untuk mengelakkan kemalangan;
(d)        Menggunakan gogal dalam kerja-kerja tertentu;
(e)         Memakai apron jika perlu;
(f)           Mendapat kebenaran guru sebelum menggunakan mesin;
(g)        Mengikut arahan guru semasa berada di dalam bengkel
(h)        Berambut pendek atau mengikat rambut yang panjang.
6. 
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN                                                      TINGKATAN 1
 
Satu buku rekod kemalangan dan kecederaan perlu disediakan di dalam bengkel.
7.  Alat pemadam api perlu disediakan di dalam bengkel untuk memadamkan kebakaran kecil.
8.  Setiap murid harus tahu kedudukan alat pemadam api.
9.  Jenis pemadam api yang biasa digunakan adalah seperti yang berikut.
Jenis Pemadam Api
Label
Jenis Bahan Bakar
Air
A
Kayu, kain, plastik, sampah sarap
Buih
B
Minyak, gas, thinner, lekar, petrol, cat.
Debu kering
ABC
Semua jenis bahan
Karbon Dioksida
BC
Minyak, petrol, cat, peralatan elektrik, lekar, gas.
10.       Cara menggunakan alat pemadam api:
(a)         Keluarkan pin picu
(b)        Halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api
(c)         Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat disembur.

11.      

 
Kotak pertolongan cemas perlu juga disediakan di dalam bengkel untuk merawat kecederaan.
12.       Kotak pertolongan cemas mengandungi beberapa jenis bahan seperti iodine, ubat antiseptic, kapas, gunting, plaster, pin, dan pembalut luka.
13.       Aspek keselamatan dan penggunaan elektrik:
(a)         Memastikan alatan elektrik dibumikan dengan betul;
(b)        Memastikan suis elektrik dimatikan apabila menukar mentol atau mencabut plag;
(c)         Tidak mencuba membaiki sendiri peralatan elektrik;
(d)        Tidak menyentuh wayar elektrik yang terdedah;
(e)         Tidak menggunakan sesuatu alatan elektrik jika didapati penebat wayarnya telah rosak;
(f)           Tidak mengendalikan alatan elektrik dengan tangan yang basah;
(g)        Tidak menggunakan alatan elektrik di tempat yang basah;
(h)        Tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu soket elektrik;
(i)          
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN                                                      TINGKATAN 1
 
Memastikan tamatan plag adalah betul apabila membuat pendawaian plag;
(j)           Sekiranya berlaku kejutan elektrik, suis utama mesti dimatikan dengan serta merta;
(k)         Tidak menarik mangsa kejutan elektrik dengan tangan sebaliknya asingkan mangsa dengan bahan kering atau bahan bukan logam.

Etika Dan Budaya Kerja
1.  Amalkan etika dan budaya kerja yang betul semasa berada di dalam bengkel supaya  murid mengamalkannya setelah mereka menempuh alam pekerjaan nanti.
2.  Etika kerja adalah disiplin dan sikap anda terhadap kerja manakala budaya kerja bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sebuah organisasi.
3.  Contoh etika kerja adalah:
(a)         Menepati waktu;
(b)        Amanah;
(c)         Patuh pada peraturan dan undang-undang.
4.  Contoh budaya kerja ialah:
(a)         Beratur ketika memasuki bengkel;
(b)        Mengucapkan salam kepada guru sebelum memulakan kerja;
(c)         Formen hendakkah memeriksa keadaan bengkel dan alatan serta membuat laporan.