PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN

CONTOH PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN


BAB1: Pemakanan dan pengurusan sajian

1.1Penyediaan dan penyajian makanan
Faktor penyediaan makanan
•Mengetahui bilangan orang yang hendak makan.
•Mengikut belanjawan dan kemahiran yang diperlukan.
•Mengetahui keseimbangan nutrien dalam sajian.
•Mengetahui keperluan diet seseorang.
•Menyaji dan menghias makanan.
•Menjaga kebersihan makanan dan kebersihan diri.

1.1.1Pengertian makanan bekal
Makanan bekal ialah makanan yang dimasak dan dibungkus untuk dimakan di tempat lain.Makanan bekal mestilah seimbang, mudah dibawa, tidak berkuah, tahan lama, dan mudah disediakan.

1.1.2Faktor penting memilih pembungkus makanan
-Mangkuk tingkat •Menyimpan makanan secara asing dan mudah dibawa.
-Kelalang(termos/flask) •Menyimpan makanan/minuman panas dan sejuk.
                       •Tahan haba.
-Bekas plastik •Bertutup rapat, kedap udara dan tidak mudah pecah.
-Polistirena •dipakai buang dan mudah dibawa.
-Daun pisang •Pakai dan buang.
             •Tidak bertoksid dan berbau harum.

1.1.3Faktor utama merancang menu untuk makanan bekal
-makanan hendaklah seimbang
-makanan mudah dibawa, tidak berkuah, tahan lama, dan mudah disediakan.

1.1.4Rancangan kerja amali
Rancangan kerja amali hendaklah merangkumi perkara yang berikut:
Rancangan kerja→Tugasan amali

Rancangan kerja
-menyediakan resipi dan kertas pilihan makanan
-membuat pengiraan kos dan menyediakan kertas susunan kerja
Tugasan amali
Anda dikehendaki menyediakan makanan bekalan untuk tiga orng.
Jenis makanan:-Sejenis makanan savouri, masakan manis, minuman panas dan buah-buahan.

1.1.5Menyedia, memasak, membungkus, dan membuat pengiraan kos makanan bekal.
•Contoh menu pilihan:
Menu A- the”O”, Kek permaisuri, makuroni goring, buah limau Sunkist
•Resipi-menyenaraikan bahan-bahan dan cara penyediaan makanan
•pengiraan kos-Kos sajian=kos bahan + kos upah + kos overhed

1.1.6Memilih dan merancangan menu makanan menu makan tengah hari dan makan malam
Hiadangan makan tengah hari dan malam merupakan sajian utama bagi seseorang.Pilihan menu untuk hidangan utama mestilah berhasiat dan seimbang.

1.1.7Peranggu meja
Peranggu meja ialah persiapan meja makan yang lengkap dengan susun atur alatan yang betul.
Tujuan menyediakan peranggu meja ialah:
(a)         memudahkan makanan dimakan dan menambah selera makanan
(b)        memberi panduan cara menggunakan alat yang betul.
(c)         Menunjukkan daya kreativiti menghidang

1.1.8Menyediakan peranggu meja sajian untuk makan tengah hari dan malam
Sajian cara Melayu
Kulteri yang digunakan adalah seperti camca teh, camca sedang dan senduk nasi
gelas diletakkan di sebelah kiri pinggan makan






Sajian cara India
gelas diletakkan di sebelah kiri pinggan










Sajian cara Cina
menggunakan meja sajian berbentuk bulat









Sajian cara Barat
•gelas dan cawan diletakkan di sebelah kanan pinggan makan
•napkin meja diletakkan di atas meja


Sajian cara buffet
•sajian mestilah mencukupi dengan jumlah tetamu yang dijemput

1.2Reka cipta resipi
1.1.2 Hidangan untuk pesakit
Pesakit perlu diberi makanan yang berkhasiat, seimbang, tidak berlemak dan menarik selera.
Jenis sajian
sajian cecair- hiadangan yang sesuai untuk pesakit tenat
sajian lembut- hidangan sesuai untuk pesakit normal
sajian ringan- hidangan sesuai untuk pesakit yang hampir pulih
sajian biasa- hidangan untuk pesakit yang pulih

1.2.2Menyedia, memasak, menghidang dan membuat pengiraan kos hidangan untuk pesakit
merancangkan menu yang sesuai
membuat resipi untukhidangan pesakit

1.2.3 makanan siap masak untuk pesakit
Makanan siap masak ialah makanan yang telah melalui proses penyediaan yang lengkap dan boleh dimakan terus tanpa dimasak atau dipanaskan terlebih dahulu.
Menyenarai pelbagai alternative penambahan nilai
Makanan siap masak boleh ditambah nilai dari segi rasa, rupa dan teksturnya.Ini boleh membuka selera pesakit.

1.3faktor-faktor penting merancang menu hidanga untuk pesakit
hidangan yang disaji hendaklah mengikut arahan doktor
Hidangan hendaklah mengandungi nutrien dan tidakberlemak.
Hidangan yang dapat menarik selera pesakit
Jaga kebersihan semasa menghidangkan makanan